Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Matlamat utama dasar ini diwujudkan adalah untuk perpaduan negara. Bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai, dua strategi utama telah dibubarkan iaitu untuk mengurangkan kemiskinan yang tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia. Selain itu, dasar ini juga adalah untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum melalui fungsi ekonomi.
Kemiskinan merupakan punca utama dimana timbulnya rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat sama ada di bandar mahupun luar bandar. Punca ini akan menyebabkan perpaduan negara tergugat kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum. Kadar kemiskinan yang paling tinggi adalah dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Oleh itu, usaha telah dijalankan bagi menyelesaikan masalah sosial ekonomi serta projek pembangunan telah dirangka supaya peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. Selain itu, daya pengeluaran dan pendapatan dapat ditingkatkan serta menambahkan peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. Usaha yang dijalankan ini juga adalah bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, kawasan bandar, luar bandar dan wilayah. Di samping itu juga ia dapat memodenkan lagi kehidupan di luar bandar, kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera dapat diwujudkan serta mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. Seterusnya, ia dapat memperbaiki taraf dan kualiti rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Menjelang tahun 1990, kerajaan telah berhasrat supaya pemilikan saham atau ekonomi Malaysia dapat melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, bukan Bumiputera 40% dan 30% lagi daripada pelabur-pelabur luar negeri. Justeru itu, bagi mencapai matlamat penyusunan semula masyarakat beberapa strategi telah dibubarkan. Antaranya ialah campur tangan terus dari kerajaan melalui pengwujudan agensi khas untuk mengambil alih kepentingan ekonomi dan memegang amanah ini untuk Bumiputera sehingga sampai masa apabila mereka mampu mengambil alih. Ia juga akan memperkenalkan peraturan dan pengaturan khas, di mana penglibatan dan penyertaan Bumiputera dibantu dan dipermudahkan dalam sesuatu tempoh masa serta peruntukan untuk konsesi fiskal dan bantuan kewangan sebagai sebahagian dari pakej ke arah pembangunan keusahawanan. Seterusnya, menambahkan pemilikan Bumiputera melalui projek penswastaan dan mengurangkan secara progresif, melaui keseluruhan perkembangan ekonomi, ketidakseimbangan dalam pekerjaan agar pekerjaan mengikut sektor dan tahap pekerjaan akan mencerminkan komposisi kaum.
Kesimpulannya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamatkan perpaduan negara mestilah melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusuan semula masyrakat di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Strategi yang digunakan bagi mencapai matlamat tersebut telah dinyatakan di atas. Oleh itu, bagi memastikan segala strategi dan usaha tercapai, ia bukan sahaja memerlukan usaha yang gigih daripada kerajaan dan kakitangan malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.