ASSALAMUALAIKUM....WELCOME TO ENTREPRENEURSHIP CORNER

Friday, 10 October 2014

RUMUSAN VIDEO

VIDEO 1

Berdasarkan video sejarah Pocari Sweat, rumusan yang dapat dibuat ialah video ini telah menceritakan tentang masalah, cabaran serta kegagalan yang dihadapi oleh syarikat Pabrik Otsuka Pharmaceutical di Tokushima, Jepun sebelum berjaya. Kejayaan syarikat ini dalam menghasilkan produk baru iaitu Pocari Sweat di mana Pocari bermaksud menyegarkan dan Sweat bermaksud peluh atau keringat adalah hasil kerja keras Akihiko Otsuka iaitu Presiden Pabrik Tokushima. Beliau dibantu oleh Rokuro Harima iaitu penaggungjawab pengembangan minuman, Akihisa Takaichi iaitu peneliti muda dibawah Harima dan beberapa orang kakitangan yang lain. Bermula pada tahun 1973, Akihiko Otsuka telah berhasrat untuk mencipta produk yang belum ada di pasaran dengan usahanya sendiri. Kemudian, Harima telah mencadangkan untuk menjadikan cairan infus sebagai minuman setelah beberapa peristiwa yang telah berlaku di Mexico. Di Mexico, beliau telah di arah untuk makan ubat bersama air soda kerana terdapat masalah air di sana dan beliau melihat sendiri doktor minum minuman infus untuk menggantikan cairan tubuh yang hilang. Namun, cadangan Harima telah ditolak atas sebab belum tiba masanya.

Pada tahun 1976, berlaku perjumpaan antara Akihiko dengan Harima dan Takaichi. Akihiko telah menyampaikan hasrat beliau untuk mengembangkan cairan infus seperti mana cadangan Harima tiga tahun yang lalu. Pada tahun itu olahraga joging sangat popular dan alat joging sangat laris di pasaran. Oleh sebab itu, beliau ingin mencipta minuman kesihatan untuk masyarakat. Harima telah menyerahkan tugas tersebut kepada Takaichi dan beliau telah berusaha keras dengan membuat pelbagai uji kaji hingga mencecah 1000 jenis uji kaji tetapi masih gagal. Minuman yang ingin dicipta ialah minuman kesihatan dengan kandungan gulanya kurang 10%. Pada bulan Mei 1979 pula, uji kali yang dilakukan oleh Takaichi masih gagal dan pada masa yang sama seorang karyawan telah menyuruh Akihiko untuk mencuba minuman uji kaji serbuk instan tetapi juga gagal. Kemudian, Akihiko telah mendapat idea untuk mencampurkan kedua-dua minuman tersebut dan uji kaji minuman tersebut berjaya. Setelah Takaichi berjaya menjumpai buah yang boleh menutup rasa pahit, beliau semakin mendalami penelitiannya dan berjaya menghasilkan minuman di bawah kadar gula 10% iaitu 6.2% dan 7.0%. Pada tahap akhir, untuk mendapat beberapa tanggapan, Harima telah menyuruh tiga orang peneliti lain untuk merasa kedua-dua minuman tersebut. Hasilnya, mereka bersetuju dengan minuman yang mengandungi kadar gula 7% kerana rasanya lebih manis malah tidak bagi Harima. Selepas itu, Harima telah membawa tiga orang peneliti tersebut untuk mendaki gunung dan kemudian memberi minuman uji kaji yang sama semasa di makmal. Hasilnya, mereka bersetuju dengan minuman 6.2% kandungan gulanya kerana semasa berpeluh kandungan gula yang sedikit lebih sedap dan baik untuk kesihatan.

Semasa pertemuan Direksi Otsuka Pharmaceutical, Akihiko telah mencadangkan supaya direktor lain untuk mencuba minuman tersebut namun mendapat tanggapan negatif daripada mereka. Tetapi Akihiko tetap mempertahankan minuman tersebut dan beliau telah memutuskan untuk menjual produk tersebut. Pada bulan April 1980, perjualan Pacori Sweat telah bermula dengan bantuan pengurus dan kakitangan pemasaran untuk berjumpa dengan ejen jualan supaya produk dapat dijual. Namun penjual tidak mahu menerima produk mereka kerana rasanya yang pelik. Kemudian, mereka membuat jualan langsung kepada pengguna tetapi tetap gagal. Akhirnya, Akihiko mencadangkan untuk memberi minuman tersebut secara percuma kepada pelanggan di seluruh tempat. Ahli-ahli pemasaran telah mengatur strategi untuk mengagihkan minuman di tempat yang sesuai. Mereka telah memberi minuman tersebut kepada pemain baseball, orang di sauna dan orang yang berjalan dan mereka telah mendapat tindak balas yang positif. Walaupun Pocari Sweat yang telah diagihkan telah mencapai
Rp. 400 Miliar, namun Akihiko tetap untuk meneruskan pengagihannya sepanjang tahun itu.

Pada tahun 1981, pada mulanya penjualan Pocari Sweat tetap sama seperti sebelumya. Namun penjualannya meningkat dan laris secara drastik apabila musim panas untuk tahun kedua telah tiba. Hasilnya penjualan Pocari Sweat meningkat dengan mendadak daripada sebelumnya. Keyakinan yang ada pada Akihiko akhirnya mendapat hasil yang menakjubkan. Pada masa kini, Pocari Sweat telah berjaya di jual di 16 negara termasuk Indonesia.

Rujukan video: http://www.youtube.com/watch?v=EeFMWJgcpnI

VIDEO 2

Berdasarkan video dokumenter perjalanan Aqua, apa yang dapat dirumuskan ialah video ini telah menceritakan tentang Tirto Utomo dengan syarikat Aquanya. Tirto Utomo merupakan warga asli Wonosobo merupakan pengurus pertama kepada syarikat air Aqua. Pada mulanya, apabila beliau ingin memulakan keinginan untuk membuka perniagaan, beliau telah mempelajari cara memproses air minuman dalam kemasan bersama saudara-saudaranya. Hakikatnya, nama sebenar Aqua adalah Puritas tetapi akibat memikirkan masalah sebutannya ia ditukarkan kepada Aqua dan produk yang dihasilkan dalam botol kaca. Selepas dua tahun, produksi pertama Aqua diluncurkan dalam bentuk kemasan botol kaca yang berukuran 950ml dengan harga jualan Rp.75. Walaupun pada saat itu air mineral dalam kemasan belum ada di Indonesia, Tirto dengan beraninya meneruskan langkahnya untuk menghasilkan dan memasarkan produk tersebut. Selain itu, dengan bantuan Willy Sidharta sistem distrubusi Aqua dapat diperbaiki. Pada tahun 1974 hingga 1978 merupakan tahun yang penuh kesulitan kerana permintaan yang sedikit kerana masyarakat masih asing dengan air minum dalam kemasan. Lebih-lebih lagi harga 1 liter Aqua lebih mahal daripada harga 1 liter minyak tanah. Namun Tirto Utomo tidak pernah menyerah kalah dan berputus asa. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Tirto dan akhirnya berjaya diterima oleh masyarakat secara meluas.

Pada tahun 1978, Aqua telah mencapai titik BEP dan Aqua terus berkembang dengan pesat. Namun, ketika itu Aqua hanya disasarkan kepada pasaran kelas menengah dan atas. Tetapi sejak tahun 1981 Aqua telah bertukar cara pembungkusan atau kemasan dari botol kaca kepada botol plastik. Hal ini telah menyebabkan Aqua mendapat sambutan yang hangat daripada pelbagai golongan. Selepas itu, syarikat Aqua berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan kemasan produk mereka. Sejak tahun 1987, produk Aqua berjaya dieksport ke luar negara seperti Singapura, Malaysia, Filipina, Australia, Maldives, Fuji, Timur Tengah dan Afrika. Syarikat Aqua telah mendapat tindak balas yang positif dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Kemudian pada tahun 1988, Lisa Tirto sebagai pemilik Aqua Golden Missisipi sepeninggalan ayahnya Tirto Utomo telah menjual sahamnya kepada Danone akibat daripada persaingan yang kuat. Seterusnya pada tahun 2000, Aqua mengeluarkan produk berlabel Donone-Aqua. Akhirnya Almarhum Tirto Utomo telah dinobatkan sebagai pencetus air minuman dalam kemasan dan dimasukkan dalam "Hall of Fame".

Rujukan video: http://www.youtube.com/watch?v=krZjGuUga5c

PERSAMAAN ANTARA DUA VIDEO:

1. Kedua-dua video menghasilkan produk baru.
2. Kedua-dua video memasarkan produk yang berasaskan minuman kesihatan.
3. Kedua-dua produk menghadapi masalah dan cabaran sebelum mencapai kejayaan sebenar.
4. Kedua-dua perusahaan merupakan perusahaan keluarga.
5. Kedua-dua perusahaan berjaya memasarkan produk mereka ke luar negara.

PERBEZAAN ANTARA DUA VIDEO:

1. Dalam video 1 minuman kesihatan tersebut telah dicampurkan dengan beberapa campuran dan mengandungi kandungan gula manakala dalam video 2 minuman kesihatan itu hanya air putih yang bersih dan ditapis.
2. Pengurus Pocari Sweat dalam video 1 merupakan generasi ke 3 yang menjadi presiden kepada perusahaannya manakala dalam video 2 pengurus perusahaan Aqua adalah generasi 1 dalam menguruskan perusahaannya.
3. Kedua-dua video mempunyai cara pembungkusan yang berbeza iaitu untuk produk Pocari Sweat pembungkusannya melalui tin dan untuk produk Aqua pembungkusannya melalui botol kaca dan botol plastik.

KESAN

Penghasilan produk baru merupakan satu perkara yang sangat rumit dan berisiko tinggi. Kebiasaannya, besar kemungkinan kita akan mengalami kerugian pada awalnya dan berjaya pada akhirnya. Tetapi untuk mencapai kejayaan itu memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan jangan sesekali berputus asa. Kita hendaklah menjadikan kritikan dan tanggapan negatif itu sebagai panduan untuk kita meningkatkan lagi keberkesanan produk yang akan dihasilkan. Untuk penghasilan produk baru juga memakan masa yang cukup lama iaitu bertahun-tahun malah ada yang mencecah berpuluh-puluh tahun. Oleh sebab itu, sebelum menghasilkan sesuatu produk baru kita memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang risiko dan cabaran yang mendatang supaya kita tidak berhenti di tengah jalan.

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.

    ReplyDelete