ARTIKEL 1
TAJUK: LIKU BIDANG USAHAWAN
Daripada artikel yang bertajuk “Liku Bidang Keusahawanan” ini apa yang dapat saya ringkaskan ialah dalam bidang keusahawanan terdapat pelbagai liku dan cabaran yang harus ditempuhi sebelum mencapai kejayaan sebenar. Tiada usahawan yang berjaya terus dari mula. Pastinya ada dugaan dan cabaran yang tersendiri yang akan ditempuhi oleh usahawan-usahawan berjaya. Tidak kesemua usahawan mempunyai cabaran yang sama malah mereka pasti menghadapi liku yang berat untuk menjadi sebagai seorang usahawan. Dalam artikel ini, apa yang dapat dikaitkan dengan proses membangunkan usahawan atau strategi pembangunan usahawan ialah terdapat beberapa yang perlu ada dalam diri seorang usahawan untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Antaranya ialah pertama seseorang usahawan itu memerlukan sifat berilmu, cekal dan berdisiplin sebagai teras kejayaan dalam bidang usahawan ini. Sememangnya bidang keusahawanan ini adalah bidang yang amat mencabar, berisiko, berdaya saing dan kerjaya yang menjamin masa depan yang baik kerana mampu memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan pekerjaan yang lain. Untuk bergelar sebagai seorang usahawan ini adalah bukan perkara yang mudah seperti yang disangkakan oleh sesetengah pihak. Hal ini kerana ada individu yang bergelar usahawan ini diisytiharkan muflis mengikut bidang perniagaan bidang mereka. Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Datuk Hafsah Hashim telah berkata bahawa dunia keusahawanan tiada titik penamat kerana ia ada turun naiknya. Jadi untuk memiliki rangkaian yang luas dalam bidang yang diusahakan seseorang usahawan itu mestilah seorang yang berilmu dimana mempunyai pengetahuan dan pelbagai maklumat untuk mengembangkan perniagaan.
Seterusnya, dalam proses membangunkan usahawan ini kita perlu meningkatkan keupayaan diri sebagai seorang usahawan disamping mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut. Datuk Hafsah Hashim juga menyatakan bahawa untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan berkaliber ini, ia boleh dibentuk dan digilap menerusi ilmu keusahawanan. Di samping itu juga seseorang usahawan itu memerlukan matlamat yang jelas serta minat, disiplin dan kecekalan yang merupakan pendorong kepada kejayaan sebagai usahawan.
Selain itu, seperti mana yang diketahui bahawa usahawan ini merupakan kerja sendiri dan tidak mempunyai majikan atau tidak bekerja dibawah pimpinan orang lain. Bagi Presiden Peniagawati, Datuk Azlin Ahmad Shaharbi merupakan seorang usahawan yang tidak gentar dengan cabaran dan ingin mencipta kelainan. Sebagai bukti beliau telah memberanikan diri dengan membuka firma guaman sendiri untuk membezakan dirinya dengan rakannya yang lain. Sedangkan pada waktu itu, kebanyakkan rakannya lebih berkecimpunan dalam bidang undang-undang dan beliau disifatkan sebagai seorang yang hilang akal kerana tanpa modal dan kenalan memang agak sukar untuk meneroka bidang usahawan ini. Tetapi beliau tetap dengan pendirian beliau dengan menubuhkan Azlin Alahakone & Associates pada 1 Januari 1990. Pada awalnya beliau menghadapi beberapa liku dalam membangunkan pelbagai ini malah dengan kekuatan dan keberanian yang ada pada dirinya, kini beliau berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya dan disegani.
Tambahan pula, bagi mencapai proses membangunkan usahawan ini seseorang usahawan itu perlu bijak dalam mencari peluang, berani dan bersedia untuk menghadapi sebarang risiko yang bakal ditempuhi. Seseorang usahawan itu perlu bijak menggunakan peluang yang yang ada dan mempunyai idea yang kreatif bagi menjamin perniagaan itu berjaya. Tetapi tidak semudah yang disangkakan, usahawan ini pasti ada kegagalan yang dihadapi tetapi mereka tidak boleh berputus asa malah perlu menjadikan kegagalan itu sebagai pengajaran dan belajar daripada kesilapan untuk membangunkan semula perniagaan tersebut. Kemudian, seseorang usahawan itu perlu pandai membina jaringan kerana perkara itu penting untuk mengukuhkan lagi sesuatu perniagaan.
Rujukan: http://www2.bharian.com.my/articles/Likubidangkeusahawanan/Article/
ARTIKEL 2
TAJUK: KEUSAHAWANAN SEBAGAI PILIHAN KERJAYA
Berdasarkan artikel yang bertajuk “Keusahawanan Sebagai Pilihan Kerjaya” ini telah menjelaskan bahawa bidang keusahawanan ini merupakan bidang yang sudah lama wujud iaitu sejak zaman Rasulullah SAW. Bidang keusahawanan ini merupakan pilihan kerjaya dan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun Islam. Disamping itu juga Rasulullah SAW sendiri memilih untuk menjadi seorang usahawan pada ketika itu. Oleh itu, hal ini jelas menyatakan bahawa bidang keusahawanan ini merupakan bidang kerjaya yang diceburi sejak dahulu lagi. Tetapi sebaliknya berlaku pada masyarakat zaman kini dimana mereka menganggap kerjaya hanya melibatkan pekerjaan makan gaji dan ada majikan sahaja. Malah keusahawanan ini tidak melibatkan majikan yang memberi gaji tetapi seorang usahawan itu mestilah bertindak sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya dan turut membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Namun begitu, lebih kurang lima puluh tahun yang lalu, corak pembentukan sejarah negara kita telah menyebabkan berlakunya pengasingan dalam pemilihan kerjaya mengikut golongan etnik. Hal ini telah menyebabkan keusahawanan merupakan bukan satu bidang kerjaya yang menjadi pilihan bagi masyarakat Bumiputera. Malah terdapat juga segilintir kecil yang memilih bidang keusahawanan ini sebagai pilihan kerjaya tetapi secara kecil-kecilan sahaja atau secara terpaksa. Bagi seseorang yang menjadi usahawan terpaksa ini mereka tidak mempunyai kesediaan fizikal dan mental yang kuat untuk menghadapi sebarang risiko. Peluang-peluang perniagaan yang tidak begitu menyerlah dan terdapat pekerjaan lain yang mudah didapati telah menyebabkan kebanyakan ibu bapa yang tidak yakin seratus peratus apabila anak-anak mereka ingin menceburi bidang keusahawanan ini.
Seterusnya, apabila kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 dimana secara tidak langsungnya telah memberi kesedaran dan peluang kepada masyarakat terutamanya golongan Bumiputera untuk menjadikan bidang keusahawanan ini sebagai salah satu bidang kerjaya. Pada tahun 1995 pula telah ditubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam proses pembangunan usahawan. Tambahan pula, dengan adanya Wawasan 2020 untuk menjadikan negara sebagai negara yang maju menjelang tahun 2020 yang menjurus kepada dasar-dasar kerajaan serta menggerakkan negara kearah perindustrian dan perdagangan secara tidak langsungnya meningkatkan lagi peluang-peluang keusahawanan dalam melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera.
Malah pada dua dekad kebelakangan ini, berlakunya perubahan kemajuan dalam ekonomi negara yang telah melahirkan lebih banyak peluang perniagaan. Disamping itu juga pusat-pusat pengajian tinggi telah mula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan serta mewujudkan Fakulti Keusahawanan, pusat keusahawanan sebagai matapelajaran teras universiti. Perkara ini merupakan pendekatan yang baik untuk membuka minda mahasiswa dan mahasiswi dalam bidang keusahawanan. Selain itu, dengan bertambahnya bilangan usahawan dengan pilihan sendiri ini akan menyebabkan mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menceburi sebarang risiko yang bakal dihadapi.
Justeru itu, bagi yang memilih bidang keusahawanan ini sebagai bidang kerjaya, mereka perlu mengambil tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih. Maklumat asas mengenai produk dan perkhidmatan mestilah dikaji terlebih dahulu sebelum ditawarkan kepada pasaran. Mereka juga perlu melihat pasaran sasaran, persaingan serta maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran yang merupakan perkara asas untuk membantu usahawan mengatasi ancaman dan rintangan dalam perniagaan ini.
Rujukan:
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8497-keusahawanan-sebagai-pilihan-kerjaya
ARTIKEL 3
TAJUK: KISAH KEJAYAAN DATUK JIMMY CHOO
Artikel ini telah menceritakan tentang usahawan berjaya iaitu Datuk Jimmy Choo. Datuk Jimmy Choo yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang yang mana namanya telah sinomin dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut malah juga seorang pembuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan seninya. Terdapat beberapa kejayaan yang telah dicapainya iaitu dianugerahkan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen, mendapat anugerah gelaran ‘prosefor’ oleh University of the Arts London atas sumbangannya dalam bidang fesyen, merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah ‘Order of the British Empire’ OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002 serta dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran ‘Dato’.
Perkara yang boleh dikaitan proses membangunkan usahawan dengan Datuk Jimmy Choo ialah beliau yang merupakan pengurus atasan yang memainkan peranan yang penting dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd. Beliau yang menubuhkan syarikatnya dengan hasil titik peluhnya sendiri telah memilih saluran komunikasi yang paling berkesan untuk memasarkan produk rekaan-rekaan terbarunya. Stail pengurusan yang dilakukan oleh Jimmy Choo adalah mengikut Mintzberg iaitu dibahagikan kepada tiga kategori. Kategori pertama ialah dalam hubungan interpersonal iaitu sebagai ketua, pemimpin dan orang yang berhubung dengan pihak luar.
Sebagai pemimpin dan ketua, Datuk Jimmy Choo hendaklah melaksanakan tugas yang simbolik iaitu tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan. Sebagai contoh, Datuk Jimmy Choo telah melayan permintaan Puteri Diana secara peribadi untuk mendapatkan rekaan kasut yang terbaik mengikut citarasa Puteri Diana. Hal ini telah menyebabkan beliau merupakan pereka kasut yang diminati oleh Puteri Diana semasa hayatnya di atas stail pengurusan Datuk Jimmy Choo yang berorientasikan pelanggan.
Selain itu, kategori kedua pula ialah Datuk Jimmy Choo bertindak sebagai pemberi maklumat iaitu pemantau dalam syarikatnya. Beliau merupakan penyebar dan jurucakap. Sebagai penyebar, beliau perlu mengeluarkan memo mengenai keluaran-keluaran baru butiknya, membuat promosi, menawarkan diskaun, memberikan perkhidmatan yang istimewa dan sebagainya bagi menarik minat pelanggan terhadap rekaannya. Manakala sebagai jurucakap pula, beliau perlu mengeluarkan kenyataan di media-media sama ada media massa, media cetak mahupun media elektronik mengenai keluarannya. Malah, jika terdapat pertikaian mengenai barangannya juga, beliau perlu mengadakan media koferensi untuk menyelesaikan konflik tersebut. Contoh yang telah dilakukan oleh Datuk Jimmy Choo ialah beliau telah mendapat anugerah OBE iaitu “Order of the British Empire” daripada permaisuri England, Queen Elizabeth II. Dalam sebuah temu ramah, beliau telah menceritakan bahawa beliau membaca perutusan daripada Queen Elizabeth dengan tangan yang terketar-ketar. Namun begitu, beliau tetap menerima anugerah tersebut kerana hasil kesungguhan beliau selama ini dalam menubuhkan syarikatnya.
Seterusnya, kategori ketiga pula ialah Datuk Jimmy Choo merupakan pembuat keputusan dalam butik atau syarikatnya. Beliau yang merupakan seorang usahawan mestilah memikirkan apa yang terbaik untuk perniagaannya iaitu bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang ramai dan cara untuk menjaga kualiti perniagaannya. Selain itu, beliau juga bertindak sebagai penyelesai gangguan dalam syarikatnya. Sebagai contoh, apabila berlaku kemerosotan ekonomi dalam syarikatnya, beliau perlu memikirkan cara-cara untuk mengatasinya. Peranan beliau juga sebagai pengagih sumber memerlukan beliau mengetahui langkah-langkah untuk membelanjakan sumber kea ah yang mana sama ada kearah pemasaran atau pun bahagian pengurusan atau bahagian-bahagian yang lain. Sebagai pembuat keputusan, beliau juga berperanan sebagai perunding. Dimana sebagai seorang perunding, beliau berperanan untuk berunding dengan pihak-pihak luar mengenai citarasa mereka untuk menghasilkan rekaan terbaik. Di samping itu, beliau juga memberikan pendapatnya kepada pelanggan mengenai kasut yang sesuai dengan pelanggan tersebut. Peranan beliau sebagai perunding amat penting kepada pelanggannya untuk membuat keputusan.
Rujukan: http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/kisah-kejayaan-datuk-jimmy-choo.html
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.