'LET BLOG'
1) KONSEP BLOG
Pada 19 September 2014, saya telah mula menjalankan tugas seperti yang telah diarahkan iaitu membangunkan sebuah blog keusahawanan. Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan dengan keusahawanan sebagai ilmu pengetahuan dan untuk dijadikan panduan ketika diperlukan. Saya telah memilih ‘Entrepreneurship Corner’ sebagai tajuk blog untuk gambaran pertama bagi sesiapa yang ingin melawat ke blog saya supaya mereka mengetahui apa yang akan dibincangkan di dalam blog tersebut. Blog saya yang beralamat ‘hazirah.hamzah93.blogspot.com’ telah menceritakan beberapa perkara yang berkaitan dengan keusahawanan.
Blog ini ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan empat orang usahawan yang berjaya di Malaysia. Empat usahawan yang menjadi pilihan saya ialah Rozita Ibrahim, Datuk Jimmy Choo, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh. Saya memilih keempat-empat usahawan ini kerana kisah mereka yang telah menarik minat saya untuk dimasukkan di dalam blog dan ingin dikongsi bersama pembaca. Keempat-empat mereka adalah dari bidang yang berlainan dan berjaya mendapat tempat dalam hati masyarakat. Di samping itu, saya juga ada berkongsi tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB), artikel berkaitan dengan usahawan serta video usahawan. Pembaca boleh mengetahui lebih lanjut tentang maklumat tersebut di blog saya.
Semasa dalam proses membuat blog ini, banyak pengalaman yang saya diperolehi. Antaranya saya dapat mengetahui cara menghasilkan sebuah blog, cara penulisan blog serta cara mencantikkan blog. Oleh itu, saya telah mempelajarinya cara mencantikkan blog daripada blog orang yang lebih berpengalaman dan membaca html kod iaitu kod yang terdapat dalam komputer.
Pertamanya, saya telah mencari background yang dirasakan sesuai untuk diletakkan di blog saya. Saya telah memilih background dengan corak berjalur melintang serta dengan beberapa warna. Saya lebih memilih beberapa warna kerana saya menyukai warna yang pelbagai. Ianya akan nampak lebih menarik dan ceria. Selain itu, saya juga telah menggunakan tulisan "coming soon" dengan saiz 18 kerana bagi saya tulisan itu nampak lebih jelas dan memudahkan pembaca untuk membacanya. Saya juga memilih anak panah berbentuk epal yang telah dimakan kerana seperti yang kita ketahui sekarang ini jenama Apple telah menjadi kegilaan ramai dan Steve Job yang merupakan pengasas jenama Apple merupakan salah seorang usahawan yang berjaya dan dikenali ramai diseluruh dunia. Di bahagian bawah blog saya telah menulis satu perkataan iaitu "semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat". Tujuan saya menulis perkataan itu kerana saya amat berharap agar pembaca akan dapat memanfaatkan setiap apa yang dibaca daripada blog saya dan dapat menggunakannya apabila diperlukan.
2) LANGKAH-LANGKAH PEMBANGUNAN BLOG
Terdapat beberapa langkah dalam pembangunan blog. Antaranya, untuk langkah yang pertama ialah sila klik di website www.blogger.com. Saya telah menggunakan akaun gmail untuk blog saya. Oleh itu, terlebih dahulu saya telah membuka akaun gmail dengan mengisi butiran maklumat yang dikehendaki dan seterusnya klik 'next' untuk ke langkah yang seterusnya. Kemudian, untuk langkah yang kedua ialah saya telah mencipta gambar profile dengan klik di "create your profile" dan seterusnya klik "next step".
Selepas itu, saya telah berjaya membuka akaun blogger saya dengan dibawa ke "you're all set". Langkah yang ketiga ialah klik di "back to blogger" untuk mengemas kini profile saya. Langkah keempat pula ialah klik "back to blogger" iaitu di "dashboard blogger" serta klik di "new blog". Langkah yang seterusnya pula ialah saya memasukkan nama dan alamat blog serta memilih "template". Saya telah memilih template "watermark template" yang berwarna coklat sebagai latar belakang blog saya. Kemudian saya mengedit semula latar belakang blog saya dengan corak template yang lebih menarik. Kemudian saya klik di "create blog" serta dibawa kembali ke "dashboard" dan klik "start posting" untuk mula menulis di dalam blog. Saya menulis "title" di bahagian atas serta menulis artikel dan maklumat yang hendak dikongsi diruang yang disediakan. Setelah menulis, bagi memaparkan setiap apa yang kita tulis di dalam blog, kita mesti klik "publish" supaya ia dapat dipaparkan.
3) PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI SELEPAS MEMBUAT BLOG
Selepas selesai membuat blog, terdapat beberapa pengajaran yang saya perolehi daripada apa yang saya tulis di dalam blog saya.
Antara kandungan yang telah diceritakan ialah pengenalan kepada usahawan yang mengandungi definisi usahawan dan keusahawanan, evolusi keusahawanan, aspek asas keusahawanan, kepentingan keusahawanan serta mitos keusahawanan. Tujuan saya menjelaskan tentang pengenalan kepada usahawan adalah sebagai gambaran secara ringkas yang berkaitan dengan usahawan supaya pembaca dapat mengetahui apa itu sebenarnya keusahawanan.
Selain itu, di dalam blog tersebut saya juga menceritakan tentang kisah usahawan berjaya yang masih hidup. Saya telah memilih empat orang usahawan untuk diceritakan tentang latar belakang usahawan berkenaan, bagaimana beliau membangunkan perniagaannya serta pembangunan perniagaan beliau. Usahawan yang telah saya pilih ialah Rozita Ibrahim, Datuk Jimmy Choo, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh. Saya memilih keempat-empat usahawan ini kerana kisah mereka yang telah menarik minat saya untuk dimasukkan di dalam blog dan ingin dikongsi bersama pembaca. Keempat-empat mereka adalah dari bidang yang berlainan dan berjaya mendapat tempat dalam hati masyarakat. Mereka telah mengalami pelbagai cabaran dan dugaan hidup sebelum bergelar sebgai seorang usahawan yang berjaya. Mereka tidak pernah berputus asa malah bekerja keras untuk berjaya sebagai seorang usahawan.
Di samping itu juga, saya juga telah membuat rumusan berkaitan dengan dua video yang telah di hantar melalui Facebook oleh pensyarah saya sendiri. Selain rumusan kedua-dua video saya juga menjelaskan tentang perbezaan dan persamaan serta kesan yang boleh didapati di dalam video tersebut. Pada pandangan peribadi, video tersebut sangat menarik dan pelbagai pengetahuan yang boleh kita dapat melaluinya. Walaupun menghadapi kekangan untuk memahami pertuturan dalam video tersebut iaitu dalam bahasa Indonesia, saya berusaha untuk cuba memahami dan menggunakan pengetahuan yang ada tentang pertuturan tersebut melalui cerita Indonesia yang pernah saya tonton.
Daripada video tersebut kita dapat mengetahui bagaimana susahnya untuk mengeluarkan sesuatu produk yang baru kerana banyak masalah yang bakal ditempuhi. Kita seharusnya kuat dan jangan berputus asa dalam apa yang kita lakukan kerana bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah. Biarlah kita bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian. Dalam video tersebut telah mengisahkan tentang sejarah Pocari Sweat dan dokumenter perjalanan Aqua yang kedua-duanya merupakan minuman kesihatan.
Kesimpulannya, belajar sesuatu yang baru atau apa yang kita kurang fasih ini membuatkan kita rasa lebih berpuas hati apabila mendapatkan hasil terakhirnya kerana kita dapat mempelajari sesuatu yang belum kita ketahui atau yang kurang fasih. Pengajaran yang dapat saya perolehi daripada pembangunan blog ini ialah saya dapat mengetahui cara untuk membangunkan blog, apa itu keusahawanan, kisah-kisah usahawan berjaya dan banyak lagi tentang keusahawanan. Justeru itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kita mestilah peka terhadap masalah semasa dan cuba untuk mengatasinya serta jangan sesekali berputus asa dalam proses menyelesaikannya atau membuat sesuatu yang baru malah lebih berusaha ke hadapan dan sentiasa membaiki kekurangan yang ada. Hal ini kerana kekurangan itulah yang menjadikan diri kita lebih kreatif dan inovatif.
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami boleh juga membeli anda rumah anda pilihan dalam mana-mana anda pilihan lokasi.